Huk Huk Huk.....



Setiap manusia pasti melakukan kesilapan, kesalahan, salah perhitungan dah namanya pun manusia....tapi haruskah kita berpegang sentiasa pada ayat itu...kalau mcm tu tiap kali kita lakukan kesilapan dari sekecil2nya hingga ke Maha besarnya, itu jugaklah ayat yg kita gunakan untuk mensucikan hati kan, ayat untuk mengelakkan rasa bersalah pada kesalahan yg telah dilakukan kan (ayat sedapkan hati sendiri), pada hakikat pada insan-2 yang telah kita tercalarkan rasa akan berbekas sampai bila-2...Rasanya tk elok di guna dgn kerap ayat itu....kita makin lalai utk berusaha memperbaiki....

Sebaik-2 ayat adalah mengakui kesilapan, kekhilafan diri dgn mengucapkan MAAF, maafkan daku wahai sahabat andai daku telah menguris hati mu, sungguh aku salah perhitungan terhadap mu, bantuan yg kau perlukan tidak kuhulurkan, malahan merobekkan hatimu, hanya kerana aku cuba untuk pentingkan diri sendiri, Arrrggghhh itu bukan aku, aku tak pernah pentingkan diri sendiri selama ini, itu lah pertama-2 kalinya cuba kulakukan namun sungguh aku silap perhitungan....bukan dgn mu sepatutnya....



Selama ini aku mencari-2 untuk memiliki sahabat sejati, selalu kupersoalkan kenapa payah bagi ku utk mendapatkan beliau, sedangkan diri ini dikelilingi ramai sahabat, rakan taulan...namun yang satu itu blm terpamer, aku sentiasa kalah pada tundukan utk memiliki sahabat sejati hingga selalu aku memberi khidmat terbaik pada mereka yg salah, pada mereka yg tidak menghargai/tidak ambil peduli.  Konon ingin menjaga hati sendiri (takut dikecewakan yg benarnya) pada yg benar-2 tulus ikhlas aku lukakan.....

Sentiasa kaca didpn mata yg kelihatan, Intan yg bersinar di balik gunung itu yg benarnya berharga.....
Kalau di tanya siapa yg mahu buat kesalahan, pasti ramai yg akan kata siapa yang mahu?....walaupun seringkali dilakukan betul tak?....Tetapi rupa-rupanya kesalahan/kesilapan/ salah perhitungan itu perlu untuk kehidupan kita, dari pada situlah kita belajar menjadi insan yg berhati-hati, insan yg prihatin HIKMAH sebenarnya...samaada Hikmah itu untuk diri kita, atau untuk diri insan-2 yang lain....selagi kita sedar, adalah tugas kita untuk hindarkan diri dari melakukan kesilapan itu lagi..Pembelajaran yang amat besar dalam menempuh kehidupan yg lebih baik lagi.....

Sesungguhnya daku amat-2 yakin ada Hikmah sebalik kesilapan yg telah aku lakukan, dikesempatan ini ingin kuucapkan MAAF yg tidak terhingga pada setiap insan yg pernah daku lukakan hatinya, samada dari perlakuan dan tutur kata, sesungguhnya pada masa itu, ia adalah perbuatan yg tidak disedari dan tidak disengajakan...siapa mahu cari MUSUH...tidakkkkk....maafkan daku dari luhur hati yg ikhlas...moga persahabatan kita kekal ke akhir hayat...sayang kamu, kasih kan kamu, tidak mampu terungkap dgn perkataan.......

1 comment:

risa said...

terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya..jujur saya akui bukan mudah menawan hati saya..tapi tak tau kenapa hati ini selalu ingin dekat dgn kamu..walau pun ku tahu ramai yg ada dekat denganmu..tap hati ku yg keras ini berjuang juga mendapatkan sedikit kasih darimu..terpaksa mengemis dari mu kak..itu bermakna daku memang ikhlas dgn mu..sgt2 ikhlas