Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Kek coklat putih

Resepi ni dapat dari sahabat sefesbuk ku Sue Aleen, sedap moist utk mereka yg nk cuba kek coklat tp versi putih

Versi cake

Versi cup cake














Resepi

1 cawan cip coklat putih/bar coklat putih
1 kotak krim putar (200ml)

Masukkan cip dan krim ke dalam periuk dan panaskan. Biarkan cip sebati. 

250gm mentega
1/2 cawan gula kastor
4 biji telur sederhana
1 sudu teh esen vanilla/serbuk vanilla
2 @ 2 1/2 cawan tepung gandum (ikut kesesuaian)
2 sudu teh serbuk penaik

1. Pukul mentega dengan gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan vanilla.

2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik sehingga sebati. 

3. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit adunan cip coklat putih yang telah sejuk tadi.

4. Masukan dalam loyang dan bakar selama 1 jam (atau hingga masak) pada suhu 190 darjah api atas bawah. Untuk hasilkan permukaan yang gebu macam gambar tu, 40 minit yang pertama kena api atas bawah, 20 minit yang berikutnya api bawah saja. 

5. Masak dengan kaedah steam bake. <--- kali ni saya tak masak ikut kaedah ni walau pun step no. 4 saya ikuti. Cuma selepas step ke 4, saya alihkan kedudukan kek menjauhi pemanggang (ke atas). 



Resepi dari sue aleen, kopipes direct nih...cuba lah mmg sedap

Chocolate Muffin

Yang ni juga antara favorite kami sekeluarga, pada 5/08/2010 bikin 50 biji utk di beri pada rakan-2 sekelas dan sedarjah Kak Ngah sempena birthday beliau....jom cuba
















ini resepinya ya

2/3 cawan serbuk koko
2 telur saiz besar
2 cawan tepung
1 cawan coklat cip
1/2cawan gula
2 sudu teh baking powder
1 1/3 cawan susu
1/3 cawan minyak sayuran *akak guna butter yg dicairkan atas dapur
1 sudu kecil vanila
1/2 sudu kecik garam

gaulkan bhn-2 kering kecuali coklat chip dlm 1 bekas,
dlm bekas yg lain korang gaulkan telur dan susu hingga sebati
kemudian sikit-2 masukkan bhn-2 kering, bila dah sebati masukkan coklat chip, isikan dlm bekas muffin dan bakarkan
masukkan dlm oven 200 celcius, masak dlm 20 minit atau bila cocok lidi licin mcm selalu...;)

Chocolate Chip muffin

Antara muffin-2 pertama yg biasa ku bikin....klu nk cube marilah
















3/4 ounz chocolate chip *sebyk mana yg korang suka yg benarnya
1/3 ounz butter *lembutkan ke suhu bilik
4 biji telur saiz sederhana
2 1/2 cawan tepung
1 cawan gula
1/4 cawan susu 
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh vanila
1/2 sudu teh garam

cara :

panaskan oven dahulu dlm 200 C
pukul mentega dan gula dan vanilla hingga kembang
masukkan telur satu persatu dan dipukul *sampai nangis...;P
masukkan adunan tepung n baking powder
gaul balikkan kemudian masukkan chocolate chip
sendukkan adunan setengah atau 3/4 dari cup cake
bakar sehingga masak anggaran kena guna lidi mcm biasa........