Kek coklat putih

Resepi ni dapat dari sahabat sefesbuk ku Sue Aleen, sedap moist utk mereka yg nk cuba kek coklat tp versi putih

Versi cake

Versi cup cake














Resepi

1 cawan cip coklat putih/bar coklat putih
1 kotak krim putar (200ml)

Masukkan cip dan krim ke dalam periuk dan panaskan. Biarkan cip sebati. 

250gm mentega
1/2 cawan gula kastor
4 biji telur sederhana
1 sudu teh esen vanilla/serbuk vanilla
2 @ 2 1/2 cawan tepung gandum (ikut kesesuaian)
2 sudu teh serbuk penaik

1. Pukul mentega dengan gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan vanilla.

2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik sehingga sebati. 

3. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit adunan cip coklat putih yang telah sejuk tadi.

4. Masukan dalam loyang dan bakar selama 1 jam (atau hingga masak) pada suhu 190 darjah api atas bawah. Untuk hasilkan permukaan yang gebu macam gambar tu, 40 minit yang pertama kena api atas bawah, 20 minit yang berikutnya api bawah saja. 

5. Masak dengan kaedah steam bake. <--- kali ni saya tak masak ikut kaedah ni walau pun step no. 4 saya ikuti. Cuma selepas step ke 4, saya alihkan kedudukan kek menjauhi pemanggang (ke atas). 



Resepi dari sue aleen, kopipes direct nih...cuba lah mmg sedap

No comments: