Cabaran untuk diriku - PERGHHHH

Lamanya aku tak masuk blog nih maklum ler bizi sesangat.....

Untuk pengetahuannnn.. attention....tension siut. Lepas melahirkan anak aku yang ketiga pada 18-10-2006 berat badan aku tak nak susut-susut malahan makin menambah. Tak cukup tang perut dia naik tang peha tak cukup tang peha dia naik tang tangan, tang muka, tang belakang, tang-tang-tang seterusnya habih satu body ku berlemak.... PERGH tension siut....

Lebih-lebih lagi hubby ku yang habibi ya maulana mula merungut tentang body ku yang semakin menjadi-jadi.
Hingga ingin dibuangnyer katil kat umah tu sebab aku dah jadi water bed kate dia cisssss bedebah... baik dikau tarik balik kata-kata itu... Kang naya dikau di waktu malam bulan mengambang, kesiangan tanpa belaian muahahahahahhaha tak ke naye kat aku gakssss.

So aku pun mula lah mencari-cari produks-produks yang agak-agaknyer akan berkesan pada tubuh ku ini uhhh... almaklum ler aku ni jenis sukar untuk mengeluarkan peluh kerana jika aku mula mengeluarkan perpeluhan maka akan mengalirlah ia umpama sungai yang berlinangan deras maka jika tidak di tahan-tahan akan menyebabkan banjir yang maha hebat di alam maya ini, maka akan bertempiaranlah kesemua penduduk dunia untuk menyelamatkan diri dari arus banjir peluh ku itu - kan aku dah cakap dulu aku ni kalu bab merepek ghase-ghasenye kalah lu afdlin oppsss jgn mare (mane le tahu kot-2 dia tebace coretan aku ni).

Atau bahasa mudahnyer males nak eksesais. Maka setelah aku mencari dan mencari dan mencari dan mencari dan dengan modal dari hubby aku (heee - poket aku jugak yang rabak( kata hati hubby ku)). Maka dengan itu telah berjumpalah aku dengan satu produk ini yg mendpat jaminan dari pihak-pihak berkuasa ciptaan seorg pakar biologi dan perbidanan.

Maka bermulalah episod aku untuk menguruskan badanku ini. Untuk makluman berat badanku serupa dgn berat badan Norjuma Habib Jewels selepas beliau melahirkan anak sulungnye tapi aku korang tambahkan 4 kilo lagi (amboi cepat korang cari - so dah tahu jawapan buat-buat tak tahu je la noo).

Aku mula mengambil produk ini bermula pada 5/04/2008 dua kali sehari tengahari dan malam. Untuk minggu pertama aku turun 1 kilo maklum ler baru nak setat so lambatlah panasnyer. Masuk minggu ker dua aku dan turun lagi 4 kilo yuhuuuuuuu. So sekarang dah masuk minggu ker tiga nanti aku akan beri tahu perkembangannyer ok.

Untuk pengetahuan produk ini boleh diamalkan oleh ibu-2 yang menyusukan anaks macam aku. Aku masih still menyusukan anak ku itu......

tata titi tutu......