Petua Kuruskan Badan Tanpa Ubat-ubatan

Sedang berblog walking, terjumpa satu petua nih, mmg sangat-2 sesuai dgn daku hu hu hu, mari kita baca sama-2 ya

JANGAN BERLAPAR/ BIARKAN PERUT KOSONG

Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga lebih dari bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda terlalu lapar, pada kebiasaannya anda akan mengambil makanan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal namun kadar metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan kalori tidak terbakar pada tahap yang sama lagi.


AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidaklancaran penghadaman.


MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI

Air kosong mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan dapat membantu proses metabolisma bagi menyingkir simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cubalah minum air kosong, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.



ELAKMINUM MINUMAN BERKARBONAT

Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dalam satu sajian dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.



KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM


Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.


MAKAN PERLAHAN-LAHAN


Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.



KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL


Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.



MAKAN DENGAN KERAP

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


CUCI MULUT

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.



PILIH MAKANAN BEREMPAH

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.



PILIH MAKANAN BERBIJIRIN/ BERKACANG

Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


DIARI PEMAKANAN


Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.


UTAMAKAN KESIHATAN

Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


CARA MASAKAN

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.



PILIHAN PERKAKAS

Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!



TABIAT BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.


KURANGKAN GULA

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

AKTIVITI SAMPINGAN

Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Kuih Bangkit Santan

Bahan-bahan:

600 gram tepung ubi (sangai hingga kuning)
1 biji telur
1 biji kelapa (ambil santan pekat)
Secubit garam
½ sudu kecil soda bikarbonat
Gula secukupnya

Cara penyediaan:

Masak santan bersama secubit garam sehingga pecah minyak. Matikan api.
Masukkan gula, telur dan soda bikarbonat ke dalam santan. Gaul rata.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi lembut.
Canaikan adunan dan terap mengikut bentuk yang disukai.
Aturkan ke dalam dulang dan bakar hingga masak.

Buah rotan

Bahan-bahan:

4 sudu besar gula
1 bungkus tepung pulut
5 biji telur
½ biji santan kelapa
Sedikit bijan
Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

Tepung digaul dengan telur.
Masukkan santan dan uli hingga sebati.
Apabila sudah sederhana lembut, bulat-bulatkan sebesar guli.
Golek-golek atas bijan.
Goreng hingga kekuningan.

kuih siput

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum
250 gram marjerin
½ gelas air
1 sudu jintan manis
6 ulas bawang merah
1 tangkai cili hidup
Sedikit udang kering
2 tangkai daun kari, hiris halus
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

Marjerin dan air dipukul hingga sebati. Ketepikan.
Jintan manis, bawang, cili dan udang kering dikisar halus.
Campurkan bahan-bahan kisar ke dalam mangkuk dan tambahkan marjerin dan air yang dipukul tadi.
Masukkan tepung sedikit demi dedikit hingga menjadi adunan yang lembut.
Masukkan daun kari.
Ambil sedikit adunan dan lenyekkan di atas acuan kuih siput. Goreng hingga masak.

kuih kapit / kuih sepit

Bahan-bahan:

220 gram tepung gandum
60 gram tepung beras
1 biji kelapa
5 biji telur
250 gram gula halus
500 ml air
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

Telur dan gula halus dipukul hingga rata.
Ayak tepung gandum bersama tepung beras.
Masukkan bancuhan telur ke dalam campuran tepung dan kacau perlahan-lahan hingga sebati.
Masukkan santan perlahan-lahan dan kacau hingga adunan menjadi sebati.
Panaskan minyak bersama dengan acuan kuih kapit.
Tuang satu hingga dua sudu adunan ke dalam acuan dan kapit ke dalam miyak untuk digoreng.
Apabila adunan telah garing, kulit kuih kapit akan menjadi keras di bahagian luar acuan.
Perlahankan api dan kikis kulit di tepi acuan.
Buka tudung acuan dan keluarkan isinya untuk dilipat denga segera.
Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

kuih batang buruk

Bahan-bahan:

600 gram tepung gandum
300 gram tepung beras
1 biji santan kelapa
600 gram kacang hijau
400 gram gula (kisar)
3 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan.
Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus. Campur dengan gula dan ketepikan.
Gaul tepung denga santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli.
Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang. Potong kecil dan goreng.
Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi.

Bahulu

Bahan-bahan:

10 biji telur
600 gm tepung
300 gm gula

Cara Penyediaan:

Pukul telur dan gula sehingga kembang. Campurkan sedikit tepung dengan semangkuk kecil adunan telur. Pastikan jangan terlalu pekat dan terlalu cair. Panaskan acuan dan jika menggunakan kaedah dapur tradisional, letakkan bara api di atas dan bawah periuk. Tuangkan adunan ke dalam acuan tetapi jangan terlalu penuh. Bakar sehingga bahulu kuning keemasan.

Resepi Tempeyek / Rempeyek

Bahan – bahan 

600 gram tepung beras
500 gram kacang tanah
1 biji kelapa
4 ulas bawang putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan manis- ditumbuk kasar
ikan bilis
sedikit garam
minyak untuk menggoreng


Cara penyediaan:


1.Campurkan tepung beras dengan santan. Kecairannya seperti menggoreng pisang.
2. Masukkan bahan tumbuk serta sedikit serbuk kunyit.
3. Panaskan sudip atau acuan dalam minyak panas.
4. Sudukan sedikit adunan keatas sudip/acuan.Taburkan kacang yang telah dibasuh dan dikeringkan serta ikan bilis.
5. Goyangkan dalam minyak panas hingga tanggal daripada sudip. Goreng hingga garing .

Resepi Biskut Mini Mentega Kacang

BAHAN-BAHAN:

1 sudu besar air
2 cawan tepung serba guna
1 ½ cawan gula
½ cawan mentega
½ cawan Mentega Kacang
2 biji telur
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh garam
1 ½ sudu teh vanila ekstrak
6 auns mini semisweet cip coklat (1 cawan)



PENYEDIAAN:

Panaskan ketuhar pada 375° .

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan.

Putar gunakan pengadun elektrik (electric mixer) hingga sebati.

Tingkatkan kelajuan mixer pada kelajuan sederhana. Putar selama kira-kira 2 minit sambil mengikis bahan-bahan yang melekat pada bahagian tepi keliling mangkuk dari semasa ke semasa.

Masukkan coklat cip mini.

Dengan sudu teh, sudukan adunan membentuk setompok-setompok di atas loyang pembakar. Pastikan jaraknya dalam 2 inci antara satu sama lain. Bakar selama 12 ~15 minit atau sehingga warnanya menjadi coklat keemasan.

Setelah masak, angkat dan sejukkan pada suhu bilik. Sedia untuk dihidangkan.

Simpan dalam bekas yang dengan ketat dan kedap udara. Tahan sehingga 3 minggu. Boleh juga disimpan di dalam peti ais untuk jangkamasa yang lebih lama.

Biskut badam

600gm butter
800gm tepung gandum
300 gm tepung jagung
450gm gula halus
20 sudu besar badam cincang digoreng tanpa minyak separuh masak
2 biji kuning telur
1 sudu esen vanilla
Cara-cara
1. Pukul sekejap butter, gula dan esen vanila (tak perlu sampai kembang)
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sampai kembang
3. Masukkan bahan2 lain. Uli dan terap mengikut acuan yang disukai.
4. Gunakan sebiji kuning telur lagu untuk disapukan diatas biskut.
5. Bakar sehingga masak.
Selamat mencuba....

Biskut Coklat Permata

Bahan bahan;

250 gm mentega
150 gm gula halus
250 gm tpg ros(klau guna tpg gandum tambah 1/2 sudu kecil baking powder)
250 gm tpg gandum
1 biji telur
100 gm kacang (bakar ,dikisar halus)
1 sudu teh esen vanilla

250 gm coklat masakan
50 gm coco butter
manik hiasan


cara membuatnya;

pulul mentega dgn gula 10 minit hingga kembang.
masukan esen vanilla,telur pukul 5 minit lagi,
masukan tpg,kacang yg tlh d kisar halus gaul,jadikan doh,
terap acuan cincin,bakar 10-15 minit .siap ketepikan.



untuk coklat,
masakan coklat+coco butter secara doublevoiler,bila coklat dah cair,keluarkan dulu bekas colkat tadi bila agak pekat celup biskut tadi dlm coklat pastu tabur manik hiasan, siap. SELAMAT MENCUBA.

biskut butter

1 mangkuk tepung gandum,
2 mangkuk tepung jagung
1mangkuk gula halus
1 mangkuk marjerin
2 biji kuning telor
1 sudu tepung kastard

gaul semua ,masukkan dlm cup kek menggunakan acuan samprit dan hias dan bakar la.

Biskut Bunga Tulip

 BAHAN BAHAN:

1 buku buttercup (250 gm marjerin)
100 gm gula halus(1/2 cwn)
1sdk esen vanilla
1 biji kuning telur
350 gm tpg gandum(atau secukup lembut)



Untuk hiasaan;

10 biji buah kurma atau prun(hiris memanjang)
1/2 badam cincang
1 biji kuning telur(untuk sapu)



CARA MEMBUAT;


Buttercup/mentega dipukul dgn gula sehingga kembang,
masukkan esen vanilla,kuning telur,masukan sedikit pewarna kuning dan tambah tpg sikit2 hingga secukupnya,
uli sehingga lembut dan asingkan sedikit adunan untuk tapuk bunga warna dgn warna hijau, terap dgn acuan bunga tulip,susun hiris kurma 3 hiris dan bentukkan kelopak bunga,ambil hirisan kurma 3 hiris susun dlm kelopak dan bentukkan bunga tulip,hiris tajam adunan hijau buat tapuk bunga,sapu kuning telur pada kelopak dan tabur badam cincang untuk hiasan. Bakar selama 15-20 minit, Siap.

Biskut Cornflakes Ranggup

bahan bahan;

1 1/2 cwn tpg jagung
3/4 cwn tpg gandum
3/4 cwn tpg beras
1 cwn cornflakes dikisar halus
250 gm mentega
1/2 cwn gula ising(gula halus juga boleh gunakan)
1/2 sdt esen vanilla


untuk hiasan (ikut suka)

100 gm coklat masakan 
50 gm coco butter
coklat M & M


cara membuat; 

ayak semua tpg dan masukan cornflakes yg dikisar halus ketepikan,
pukul mentega dan gula,masukkan esen vanilla,
campur dalam tpg gaul terbalikan buat jadi doh,
kemudian terap dgn acuan yg anda sukai,
bakar sekejap 10 minit sahaja.
bila dah sejuk,hias dgn coklat dan manik atau sebagainya.


coklat masakan campur coco butter,masak cara doubleboiler,
biar agak pekat baru titikan atas biskut,hias coklat m&m.

SELAMAT MENCUBA

muruku

1 peket tepung muruku babas
2 sudu besar mentega
2 sudu besar ommu~leh dapat di kedai2 india
2 sudu besar tepung pulut~ guna brand teratai
air
minyak tuk mengoreng


cara2 nak buat...
satukan semua bahan gaul dulu kasi sebati
masukkan air gaul sampai leh jadi cam doh
masukkan lam acuan
goreng ..dah siap leh mamam!

Biskut Suji

Bahannya:
900gm - tepung gandum
1/2 cawan - tepung suji
1 tin sedang - minyak sapi
1 gula - guna tin minyak sapi (1 tin minyak sapi)
1 biji - telur
Caranya:
Campurkan semua bahan dan uli hingga tidak melekat ditangan. Sekira agak lembik bolehlah tambah tepung. Bulatkan spt guli dan bakar hingga masak.l

Biskut Bunga Matahari

 BAHAN BAHAN :


1 cwn Mentega
1 cwn gula halus
secubit garam
3 sdb susu tepung 
3 cwn tpg gandum
sedikit coklat emulco 


Untuk hiasan ;

Coklat cip 



CARA MEMBUAT ;


1 . Mentega dan gula di pukul hingga kembang,masukkan secubit garam,susu tepung dan kacau rata

2. kemudian masukkan tepung,gaul rata

3. bahagikan kepada 2 adunan warna asal 1/3 (kekuningan ) dan satu lagi 2/3 dicampurkan coklat emulco Warna coco)

4. Menggunakan acuan tekan adunan warna coklat dulu di ikuti adunan warna asal di atas untuk nampak bunga matahati tu.

5. Hias dgn coklat cip,bakar hingga kekuniganatau masak