Aku Akan lebih......


Hati-hati lintas tu ye.....(Pic~kredit to Jai(Org Johor)

Akan lebih berhati-hati selepas ini.....
Lebih berhati-hati dalam perbuatan,
Lebih berhati-hati dalam pergaulan,
Lebih berhati-hati dalam memberi,
Lebih berhati-hati dalam menerima,
Lebih berhati-hati dalam berkata-kata,
Lebih berhati-hati dalam menulis bait ayat,
Lebih berhati-hati dalam pernilaian,
Lebih berhati-hati dalam dalam berkasih sayang,
Lebih berhati-hati dalam kehidupan,
Lebih berhati-hati dalam perhitungan.....

Serik???? mungkin juga, namun tk akan berputus asa, aku punya pendirian....

Tak mati dek keji, Tak hidup dek puji...
Tak terbantut pemikiran dek ceteknyer pemahaman
Tak akan mudah tunduk pada keadaan,
Tak akan mudah terasa hati kalau aku sendiri yang mencari angkara...
Tidak sekali-2 berundur sebelum berperang......

Cuma...tolong jangan paksa aku mengangguk tatkala aku menggeleng,
jangan jentik hati ku semata-2 dirimu terjentik,
jangan perangkap aku atas apa dasar sekalipun,
jangan kerana kau mencari angkara, mahu aku turut sama terjebak
jangan biarkan aku lemas dengan perilaku mu,
jangan lah ego dgn ku kerana aku lebih lagi ego dari mu

Namun aku bisa......
bertolak ansur
menyayangi
mengimbangi
memahami
menuruti

sekiranya kau juga turut fahami aku....adakah kau????

1 comment:

sya said...

hmm...
lain macam je kak...
macam faham, macam tak faham...
tapi tak apa lah...
apa2 yang berlaku, akan buat kita lebih berpengalaman dan dijadikan pengajaran, kan?