Pandangan Mata Jahat ~ Al-Ain

Salam, suka ingin berkongsi maklumat yg diterima dalam group yang saya join

Maklumat ini di tulis oleh saudara Man Trexx (sim), mari kita baca dan fahami lebih lanjut apa itu pandangan mata jahat (sambil menaip ni, sedang menjegilkan mata baik korang hati-2 huhuhu)



Salam alaik ICE,

Terima kasih dengan posting yang begitu cantik dan jelas. Masya' Allah. Semoga Allah memberi rahmat dan hasanah yang lumayan.

Orang Melayu memanggilnya Terkena Mata. Omputih kata Evil Eye. Arab panggilnya Ainin Laamah. Orang Hindi & Urdu memanggilnya Buri Najra. Kaum berdialek Turki memanggilnya sebagai Nazar. Kaum berbahasa dialek Farsi memanggilnya Nazar Zani ( atau Chasam bad )

Menjadi tradisi orang-orang Muslim dari kalangan Arab, Turki, Farsi dan Asia Selatan untukmenyebut MASYA' ALLAH sebagai Perkataan Pertama apabila:
1. MELIHAT PERKARA YANG BAIK atau 
2. MENERIMA KHABAR YANG BAIK atau
3. MERAI'KAN SESUATU YANG BAIK.

Sehinggakan, ada yang akan bertanya, kenapa kita tak sebut Masya Allah setelah mendengar berita gembira yang disampaikan olehnya.

Tujuan menyebut MASYA' ALLAH sesuai dengan nasihat Rasulullah, iaitu memuji Allah lalu mematahkan ancaman Pandangan Jahat terhadap perkara-perkara yang baik.

Harus ingat, semakin tinggi nilai dunia di hati manusia, semakin tinggilah hasad dan dengki manusia terhadap manusia yang lain. Kita kini di zaman yang kronik ini. 

Oleh itu, apabila kita dengar sebarang pujian, ia mungkin datang dari hati yang dengki lalu membawa akibat buruk. Kalau ikhlaspun, tiada siapa yang tahu.

Maka, perkataan balas terbaik ialah sebut MASYA' ALLAH terlebih dahulu apa menerima pujian, khabar baik, berita gembira dan rai. 

Sebaliknya, di dalam budaya Melayu yang telah terpengaruh dengan drama-drama Indonesia sejak adanya filem dan TV, maka amalan yang dianjurkan Rasulullah telah DISONGSANGKAN. Apabila kita dengar atau lihat perkara tak baik, kita sebut MASYA ALLAH.  Perbuatan ini adalah salah dan merugikan diri sendiri. Saya harap, kita semua di SIM, hentikan amalan songsang ini.

Di antara perbuatan yang boleh mengelakkan dari TERKENA MATA, ialah 
1. Mengakhirkan malam dengan Solat Witir
2. Membaca Ayatul Kursi dan 3 QUL sebelum tidur
3. Doa pagi dan doa petang
4. Keluar rumah dengan membaca Bismillahi Tawakkaltu Ala Allah dan ayatul kursi ( jika tidak dalam haid )
5. Bila kembali, sebelum sampai muka pintu dengan membaca Ayatul Kursi lagi 
6. Setelah masuk rumah membaca Qulhuwallah sehingga habis 3 kali.
7. Dan membaca MASYA' ALLAH pada ketika yang sesuai.

Semakin hari manusia semakin hanyut ke dalam arus dengki-mendengki. Pilihlah untuk melindungi diri dari perkara yang nampak dan tak nampak.






Masyaallah ini mata byk gerun wooo..........

No comments: