Doa dari isteri untuk suami

Bismillahhirrohmannirrohhim
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim..
Kau ampunilah dosa yang telah aku perbuat, Kau limpahkanlah kesabaran yang tiada terbatas, Kau berikanlah aku kekuatan mental, Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan, Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista, Kau berikanlah aku sifat kasih sayang sesama insan.
Ya Allah, sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash, berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya. Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku ke tititanMu, kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di JannahMu, limpahkan aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya. Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untuk di duniaMu, peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya. Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu, berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya.
Tetapi .. Ya Allah, sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku. Kau tunjukkan jalan yang terbaik utnuk aku harungi segala dugaanmu..kau jauhkanlah aku dari sifat iri hati dan dendam ini ya Allah, dan kau jauhkanlah juga kesedihan yang mengelilingi kehidupanku ini Ya Allah.. Sekiranya suamiku tergoda dan telah tergoda dengan keindahan duniaMu, limpahkan aku kesabaran untuk terus membimbingnya, kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaan ini.. Sekiranya suamiku menyintai kesesatan, kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.
Ya Allah, Kau yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk ku. Kau juga yang Maha mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku. Sekiranya aku tersilap dalam membuat keputusan, bimbinglah aku kejalan yng Engkau redhai. Sekiranya aku lalai dalam tanggunjawabku sebagai isteri, kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu. Sekira aku ingkat dan derhaka, berilah kau petunjuk ke arah rahmtMu.. Ya Allah.

DI kongsi bersama dari sahabat se FB ku, sis Kuntum Berseri

2 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

bagus doa ni...amin ya rabbal a`lamin....fiza nak copy paste yer...

Noraarfah said...

Silalah fizah, lagi pun ilmu untuk di kongsi....tak gitu....