Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Roti canai goreng cili api...

Ini resepi raya cina hari tu, baru ada kesempatan nk letak resepi, kes mlmnya beli roti canai, membawa ke pagi sayang nk dibuangkan so bikin ler masakan ini.......

Bahan-2:
Roti canai semalam, dikirai-kiraikan
selabu bawang di potong dadu
cili api secukup rasa (kalau suka podeh blh letak segenggam)
tomato di potong dadu
daun bawang potong lah mcm mana pun
telur 2 biji di pecahkan letak sikit serbuk lada sulah (klu suka secukup rasa pun blh juga, letakkan garam dlm secubit-cubit manje awwwww)
minyak utk menumis

Cara masak:
Panaskan kuali,
tumiskan bawang dan cili api hingga garing
masukkan kiraian roti canai, biarkan garing sebentar
masukkan telur yg dah dipukul tadi
kacau balikkan
masukkan tomato dan daun bawang...kacau2 lebih kurang
tutupkan api dah tadaaaaaa bolh lah menyantap, sedap di makan begitu saja atau dicicahkan sos cili atau juga kuah kari semalam perggghhhh

Kek coklat putih

Resepi ni dapat dari sahabat sefesbuk ku Sue Aleen, sedap moist utk mereka yg nk cuba kek coklat tp versi putih

Versi cake

Versi cup cake














Resepi

1 cawan cip coklat putih/bar coklat putih
1 kotak krim putar (200ml)

Masukkan cip dan krim ke dalam periuk dan panaskan. Biarkan cip sebati. 

250gm mentega
1/2 cawan gula kastor
4 biji telur sederhana
1 sudu teh esen vanilla/serbuk vanilla
2 @ 2 1/2 cawan tepung gandum (ikut kesesuaian)
2 sudu teh serbuk penaik

1. Pukul mentega dengan gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan vanilla.

2. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik sehingga sebati. 

3. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit adunan cip coklat putih yang telah sejuk tadi.

4. Masukan dalam loyang dan bakar selama 1 jam (atau hingga masak) pada suhu 190 darjah api atas bawah. Untuk hasilkan permukaan yang gebu macam gambar tu, 40 minit yang pertama kena api atas bawah, 20 minit yang berikutnya api bawah saja. 

5. Masak dengan kaedah steam bake. <--- kali ni saya tak masak ikut kaedah ni walau pun step no. 4 saya ikuti. Cuma selepas step ke 4, saya alihkan kedudukan kek menjauhi pemanggang (ke atas). 



Resepi dari sue aleen, kopipes direct nih...cuba lah mmg sedap

Chocolate Muffin

Yang ni juga antara favorite kami sekeluarga, pada 5/08/2010 bikin 50 biji utk di beri pada rakan-2 sekelas dan sedarjah Kak Ngah sempena birthday beliau....jom cuba
















ini resepinya ya

2/3 cawan serbuk koko
2 telur saiz besar
2 cawan tepung
1 cawan coklat cip
1/2cawan gula
2 sudu teh baking powder
1 1/3 cawan susu
1/3 cawan minyak sayuran *akak guna butter yg dicairkan atas dapur
1 sudu kecil vanila
1/2 sudu kecik garam

gaulkan bhn-2 kering kecuali coklat chip dlm 1 bekas,
dlm bekas yg lain korang gaulkan telur dan susu hingga sebati
kemudian sikit-2 masukkan bhn-2 kering, bila dah sebati masukkan coklat chip, isikan dlm bekas muffin dan bakarkan
masukkan dlm oven 200 celcius, masak dlm 20 minit atau bila cocok lidi licin mcm selalu...;)

Chocolate Chip muffin

Antara muffin-2 pertama yg biasa ku bikin....klu nk cube marilah
















3/4 ounz chocolate chip *sebyk mana yg korang suka yg benarnya
1/3 ounz butter *lembutkan ke suhu bilik
4 biji telur saiz sederhana
2 1/2 cawan tepung
1 cawan gula
1/4 cawan susu 
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh vanila
1/2 sudu teh garam

cara :

panaskan oven dahulu dlm 200 C
pukul mentega dan gula dan vanilla hingga kembang
masukkan telur satu persatu dan dipukul *sampai nangis...;P
masukkan adunan tepung n baking powder
gaul balikkan kemudian masukkan chocolate chip
sendukkan adunan setengah atau 3/4 dari cup cake
bakar sehingga masak anggaran kena guna lidi mcm biasa........

Banana Chocolate muffin

Sangat dicadang kan pada sesiapa yg baru belajar nk masak kek, mudah, senang dan sedap sangat-2 nyumssss















bhn-2
1 biji telur sederhana besar
1 1/2 cawan tepung
3/4 cawan susu
3/4 cawan chocolate chips
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan pisang lenyek *anggaran 3 biji sederhana/4 klu kecik
1/4 cawan minyak sayuran *akak takde so akak cairkan butter hingga dpt 1/4 cawan butter cair
3 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecik garam
1/2 sudu kecik serbuk kayu manis
1/4 sudu kecik serbuk buah pala

cukup-2 senang masukkan semua adunan keculi coklat cip dlm blender dan blender, kemudian gaulkan dgn coklat chip dan bakar dlm over 200 C hingga masak, even akak tk blender pun, just kacau-2 jer adunan guna senduk kayu, tp still menjadi n yummmss

Resepi ayam goreng ala-ala kfc original recipe

10 ketul ayam - ikut suka nk kulit atau dibuang

Bahan perap :
1/2 sudu kecik garam - kuat masin lebihkan
1/2 sudu kecik serbuk perisa ayam - supe gak
1 sudu kecik serbuk lada hitam - kuat pedas lebihkan
2 sudu besar serbuk kurma - lebih pun takpe
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk jintan 
** yg bebenornyer teman agak-2 jer terpulang ler pade deme
atee bilenye teman jadik oghang peghok nih...jgn mare

Bahan mengoreng:
tepung beras secukupnyer untuk balut ayam
minyak untuk mengoreng (deep fried)

cara :

perap kan ayam dgn semua bhn diatas dlm 15 minit
balutkan ayam dgn tepung beras semua bahagian kenakan dgn tepung tu lebih pun takpe
kendian gorengkan dlm api sederhana hingga garing dan isinya masak
kendian ape lagi lahap ler....tapi hati-2 panas nok lebih kau lagi besertakan dgn coleslaw dan french fries....tadaaa.....

Resepi ayam ala-2 keni rojes mabelessss













1 ekor ayam
5 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci besar halia
1 kiub ayam knorr/ayam megi
4 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar gula perang
3 sudu besar madu masakan
rempah kering mcm basil, thyme, rosemarry - klu takde pun takpe rasanya mmg dah mabeles
butter
1 sudu besar garam - agak-2 tk mahu masin kurangkan..tp 
serbuk lada hitam - bukan yg halus tau tp yg kasar-2 tuh

korang blender kan semua bhn di atas kecuali butter n lada hitam crunch dgn sedikit air
bersihkan ayam, buka kulit ayam dgn hati-2 sbb nk letak bahan pemerap bawah kulit dan atas kulit juga,
lumurkan semua bhn tadi keseluruh bodi ayam luar dan dalam...taburkan serbuk lada hitam sekeliling ayam
perapkan dlm anggaran 1 1/2 jam - lagi lama lagi bagus
jangka masa memasak 2 -3 jam bergantung pada oven dan saiz ayam

bila nk mula membakar sapukan butter seluruh ayam...lebihan perapan tu sentiasa di sapukan pada ayam semasa membakar - part ni yg leceh sbb nk kena keluar masuk ayam

pertenggah proses membakar keluarkan ayam dan keluarkan air rempah dari bekas ayam dan sapu lg ayam dgn rempah pemerap dan butter hinggga ayam menjadi brown/kaler dah masak..,,,

air rempah ayam tu jgn buang tau masukkan dlm periuk kecil dah panaskan blh diguna sebagai gravy ayam tu nanti

Kuih Lapis Pandan

KUIH LAPIS PANDAN
Bahan² A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
3/4 cawan gula
3 cawan santan
1 s/k garam
1/2 cawan jus pandan
pewarna hijau
1/2 cawan air
Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna hijau dan jus pandan dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Tambahkan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya samadengan warna hijau.
5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
6. Masukkan 1 senduk adunan hijau dan kukus selama 5 minit.
7. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit. 8.Lapiskan adunan hijau dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
9. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

Chocolate Banana Yogurt Cake

Bahan-bahannya:
125g shortening
240g gula halus
1 sk esen vanilla
2 biji telur
320g pisang lecek- pisang emas lbh baik
240g tpg gandum + 1 1/2 sk b powder + 1 sk soda bikarbonat – ayak
3 sb plain yogurt
90g choc chip atau parutan coklat
Cara2:
1. shortening + gula halus + esen vanilla – pukul ringan hingga berkrim
2. + telur + pisang + yogurt
3. + chip coklat
4. bakar 50-55 min, 170C (bergantung pd oven memasing)
5. sejukkan sblm dipotong

Apam Pisang Simple

Bahan-bahannya:
1 CWN PISANG(yg sudah dilenyek)
1 CWN SANTAN
1 CWN GULA PASIR
2 CWN TEPUNG GANDUM
1 SUDU MKN SODA(diratakan)
2 SUDU KECIL GARAM
CARA2NYA;
CAMPURKAN SEMUA BAHAN2 DAN GAUL RATA HINGGA SEBATI
PERAPKN SELAMA 2 JAM
KUKUS LBH KURANG 45MIN-1JAM(SEHINGGA BTUKAR WARNA COKLAT PERANG)
BOLE JUGAK DIBAKAR…

Oreo Cheese Cake

Bahan
Untuk lapisan bawah:
# 200g biskut Oreo (asingkan krim dr biskut,hanya biskut d gunakan ), di tumbuk halus
# 100g sponge kek coklat, ditumbuk
# 60g mentega, dicairkan
Untuk topping:
# 500g keju krim, pada suhu bilik
# 1 biji kulit lemon d parut halus
# 100g gula kastor
# 1/2 sd jus lemon
# 3 sd gelatin
# 1 1 / 4 cwn whipping cream,putar sampai pekat
# 50g Oreo biskut (krim diasingkan), dilumatkan kasar
# 2 biji telur
# 160g susu
# 2 1/2 sd air
caranya
-cairkan mentega kemudian tuangkan ke dalam adunan biskut dan sponge kek yg telah di tumbuk halus tadi.campurkan ke semua bahan tadi hingga sebati.
-pindahkan aduan biskut tadi ke dalam loyang cheese cake(gunakan loyang khas untuk membuat cheese cake sbb kek ini tidak boleh diterbalikan).tekan aduan tadi hingga rata menggunakan gelas hingga rata setebal 1 cm.sejukan di dlm peti sejuk selama 30 minit.
-sementara menunggu lapisan biskut tadi sejuk dan keras,putar keju krim,whipping cream dan kulit lemon hingga sebati.
-dalam acuan lain,double boiler kan telur,gula,susu,air,jus lemon dan gelatine hingga tidak berketul2,kacau rata.
-selepas itu,campurkan adunan krim yg di putar tadi dengan aduan yg di boil dan campurkan dengan biskut oreo yg dilumat kasar ke dalam aduan.kacau rata menggunakan spatula plastik dan tuangkan kedalam aduan biskut yang telah di sejukan tadi.
-sejukan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih lama. Selamat mencuba.

Bingka Kentang

a) 1 1/2 Cawan Tepung Gandum
b) 1 1/2 Cawan Gula
c) 1 1/4 Cawan Santan
d) 2 Biji Telur
e) 350gm Ubi Kentang di rebus.
f) Secubit garam
g) Daun Pandan @ Pewarna
Kemudian campurkan semua bahan a hingga g diblend halus..
Bakar pada suhu 150′C 50 minit api atas bawah.
Simple dan mudah, sedap lemak berkrim..

Tepung Pelita


















BAHAN2:
(BAHAN A)
1 CWN TEPUNG BERAS
1 CWN GULA
5 CWN AIR
4 HELAI DAUN PANDAN (DIBLEND DANTAPIS AIRNYA)
SEDIKIT KAPOR DAN GARAM
(BAHAN B)
5 SUDU TEPUNG BERAS
4 CWN SANTAN DARI SEBIJI KELAPA
GARAM 2 SUDU TEH(SUDU KFC)
CARA2 MEMBUATNYA:
1) Masukan bahan A gaul sebati dan masak atas api hingga berkilat warnanye dan masukan dlm acuan yg disukai
2)Bahan2 santan td juga disatukan dan masak atas api hingga pekat sedikit dan menggelegak…(dah cukup mskla tu)
3) Tuangkan atas lapisan yg berwarna hijau dan bole disejukan…setelah sejuk bolela di mamam…..resepi nie x perlu kukus…senang, ringkas dan sedap….tadi saya x guna kapor rase maseh sedap…..
SELAMAT MENCUBA

Puding Pelangi


















BAHAN2NYA:
10g Serbuk Agar2
650ml air
180gm Gula pasir
60gm Mentega
1 bj Telur
1/2 tin Susu cair (200 ml)
1 sTepung Custard
1 s Serbuk Koko (bancuh dgn sedikit air)
1/2 st Vanila
Pewarna merah dan kuning
CARA2NYA:
1.MASAK AGAR2,AIR DAN GULA HINGGA MENDIDIH DAN KETEPIKAN.
2.PUKUL TELUR SEBENTAR,KEMUDIAN MASUKKAN SUSU DAN TEPUNG CUSTARD.KACAU HINGGA ADUNAN INI RATA,KEMUDIAN DITAPIS.
3. SETELAH DITAPIS,SATUKAN ADUNAN TELUR DAN AGAR2 DAN KACAU LAGI HINGGA RATA,SERTA MASAK SEMULA HINGGA ADUNAN MENDIDIH KEMUDIAN MASUKKAN MENTEGA DAN VANILLA DAN KACAU HINGGA RATA. SETELAH ITU MATIKAN API.
4. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA 3 BAHAGIAN(SAMA BANYAK). SATU BAHAGIAN DI BUBUH KOKO DAN YANG LAIN GUNAKAN WARNA YANG ANDA PILIH.(SAYA PILIH MERAH DAN KUNING TELUR).
5. MULA2 TUANGKAN SATU SUDU ATAU SENDUK ADUNAN WARNA MERAH DIIKUTI WARNA KUNING DAN KOKO. ULANG BUAT BEGINI SEHINGGA ADUNAN HABIS
6. SETELAH ITU SEJUKKAN SEBENTAR ADUNAN INI DAN MASUKKAN KEDALAM PETI SEJUK.DALAM 2 HINGGA 3 JAM PUDING DAH BOLE DIMAKAN

Mushroom Soup

















Bahan2:
2 sdu mkn butter
300 ml susu segr plain.
2 sdu mkn penuh tepung gndum
1/2 cmca sebuk lada hitam/ lda sulah
air agk2 kepkatnnya..
1/2 bji bwng besar n 2 bji bwg putih cincang halus.
1/2 batang salery dadu jika ada.
cendawan shitake / butang / kim chung (berbau kuat sket cina suka ni..n murah sket berbnding cndwan lain) dadu halus
bebola ayam
isi ayam n kentang dadu n rebus dlu..air jgn buang bleh masuk dlm sup..( klo suka )
Cara:
tumis bawg,salery.cndawn n bebola.. td dgn butter td..api perlahn ek n kacau slalu jgn bg tuka warna nnti sup x cantik..+ tepung td n kacau sebntar shingga berketul sket.+ susu + air.. lama2 bhn akan likat n kalo dh sjuk lg bertmbh pekat..klo pkat sgt + air la..+gram + lada sulah n sgala isi yh tlah drebus td..

Kuih Goyang

















Bahan2
500 gm tepung beras
200 gm gula aising
4 sudu makan tepung jagung
2 biji telur
3 cwn santan
1 sudu teh esen ros
minyak untuk menggoreng
Cara2
1.Gula dicampur dgn santan.Adun hingga gula hancur.Masuk telur dan adun sekali lagi hingga sebati.
2.Masuk kedua2 tepung.Jika adunan terlalu pekat tambah sedikit air.
3.Panaskan minyak dan rendam acuan.
4.Setelah panas,celup acuan dlm adunan tepung dan masuk dlm minyak panas.
5.Goreng hingga masak.

Bantal peluk Saloma aka Roti Goreng Sardin
















Bahan2
Roti gardenia
Sardin
Sedikti bancuhan tepung
Minyak utk goreng
Cara2
Potong tepi roti n gelek roti hingga leper.
Masukkn sardin + mayonis / sebarang inti yg anda suka.
Gulung n lekatkan tghnya dgn bancuhan tepung jagung
Untuk klim tepi, tekan dgn garpu..
Goreng dlm minyak hingga kekuningan

Puding Roti Marble
















Puding Roti Marble
Bahan A
10 gm serbuk agar-agar cap bintang
1 Liter air
1 cawan gula
Bahan B
7 keping roti [buangkan kulit dan koyakkan kecil]
1 tin susu cair
1 cawan air buah koktel atau peach
1 s/k esen vanilla
1 biji telur ayam
Bahan C
3 s/b tepung kastad + 5 s/b air
2 s/b …serbuk koko ]
2 s/b air ] bancuh
Cara
1. Masukkan Bahan A dalam periuk dan masakkan sehingga mendideh.
2. Blend halus Bahan B.
3. Bancuhkan tepung kastad dan air dan masukkan dalam Bahan B
4. Masukkan Bahan B dalam periuk Bahan A dan masakkan sehingga mendideh [nampak blup..blup gitu].
5. Tutup api dan bahagikan adunan pada 2 bahagian.
6. Masukkan larutan koko dalam 1 bahagian yg berasingan dan biarkan 1 bahagian warna asal.
7. Sediakan loyang dan tuangkan adunan plain dan coklat berselang seli mengikut beberapa lapisan yg disukai. Sejukkan.
9. Hidangkan puding dan hiaskan dengan hirisan peach atau fruit koktel dan lebihan air dalam

Kuih Cara Berlauk

















Bahan2 batter:
250 grm tpung gndum
2 cwn air
1 bj tlur
gram
1/2 sdu planta
serbuk kunyit
@ blend sumer hingga sebati
Bahan Inti:
Tumis bwg merah.putih,halia , n serbuk kari cli kering yg tlah dtumbuk hingga wangi + daging cincang + grm +sos tiram +sdikit air + sos cili – mask hingga kering.
Bahan hiasan:
Bwg goreng.hirisan cili besar/api, hirisan daun sup n bawang..
Cara:
Masukkn batter dlm acuan yg telah disapu minyak 3/4. Isikan daging n bhn2 hiasan td. Tutup acuan dlm 5 min/ hingga masak.Setelah masak, keluarkandan hidang.
Resepi dr Azie Mazidah

Murtabak daging kulit popia



Bawang besar 4 biji dipotong dadu
Bawang putih, 4 ulas dipotong dadu

Bunga lawang dan kulit kayu manis
kesemua di tumis garing





Masukkan 5 sudu besar serbuk kari daging, tumis hingga naik bau...*kalau suka pedas blh masukkan serbuk cili, klu suka lebih kari blh tambah lagi 1 senduk he he he


Masukkan daging cincang, akak guna 500gm daging cincang ramly, klu suka ayam sila guna ayam, suka suki anda.......


masukkan juga kentang yg dipotong dadu, sesuka anda, kalau yg berniaga jarang-2 kita jumpa kentang kan...kendian masukkan air dlm 2 cawan dgn tujuan utk empukkan kentang......*ada org suka sayur campur....








ini gambar setelah dimasukkan air, silalah masukkan garam, serbuk lada hitam dan gula, sesuka anda, murtabak selalunya agak manis, so blh le lebih kan gula klu suka manis......






Inilah rupanya setelah kentang empuk dan pekat sedikit....masa ni klu yg suka bawang lebih blh masukkan bawang yg dipotong dadu sesuka hati anda, bagi yg suka daun sop juga blh di letakkan, tp anak-2 den tk suke so tk letak.....








Maaf grafik agak menggerikan, almaklum baru lepas basuh tangan so kelihatan basah, ho ho ho, pecah kan telur, letak sedikit garam, lada sulah, kepada yg suka bawang, sayur kobis dlm murtabak anda sila lah masukkan sama dlm adunan ni, kemudian jgn lupa inti yg telah dimasakkan tadi, digaul sama......


inilah kulit popia yg akak guna, saiz yg besar yer, dibiarkan disuhu bilik sebelum digunakan.....


oh yer sblm tu panaskan kuali leper atau pan yg anda ada, lengserkan minyak sedikit, letakkan kulit popia cenggini, letakkan inti yg telah digaul telur tadi di tengah-2 dan lipatkan gini yer...maaf sambil masak sambil snap gambau guna hp agak menyengalkan gak nih ekekekek.......
pedulikan rupa bentuk yg senget benget itu yer...gini lah rupanya setelah dilipatkan menggunakan sudu n garfu, time nk masak ni ler sudip leper ku menghilangkan diri, spt masak murtabak yg lain, letak-2 ler minyak kt atas kulit tu dan balik-2kan......


Antara model-2 yg telah berjaya di masakkan *telah juga berada dlm poyot-2 kami*.......


untuk jeruk bawang, ricih-2 bawang sesuka hati anda, masukkan 1 sudu kecik pewarna ros, cuka, garam dan gula sesuka rasa anda, pada yg suka manis blh lebihkan, perapkan kejap...


Inilah bawang jeruk yer....


Murtabak n bawang jeruk....klu sempat jap kang nk bikin kari ayam....klu kerajinan ku muncul....;)


Inilah rupa bentuk murtabak didalamnya yer...memandangkan anak-2 akak tk suka bawang, kobis hancur, daun sop, maka akak tk letak sekali....klu korang suka blh le tambahkn sayur mayur ini.....sekian cubalah