Kata-kata semangat buat mereka yang bersedih....

Assalamualaikum.

Manusia, secara fitrahnya ,memang sangat lemah dan hina. Tidak lari dari kesilapan. Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan, jika tidak mereka bukanlah 'manusia'. Sama ada besar atau kecil, kesilapan tetap kesilapan. Manusia tidak lahir untuk menjadi sempurna bukan?.

Ramai di antara mereka yang membuat kesilapan (termasuk diri ini), berasa sgt sedih, lemah, tidak terkata. Bagi mereka yang kuat imannya, Zikrullah, solat dn Ibadah la sebagai penawar, buat mereka yang lemah imannya, perkara bodoh merupakan jalan penyelesaian buat mereka.

Mungkin sahabat-sahabat di Paksi sekalian boleh berkongsi sedikit mutiara kata buat mereka yang sedang bersedih dan berasa tidak layak lagi untuk bernafas di muka bumi ini. Mereka yang terlalu sedih dan lemah.

Teringat kata-kata seorang Akh, " Manusia acap kali memberi alasan down atas sebab yang banyak, sedangkan tarbiyah dari Allah (Al-Quran) terpampang didepan mata, tiada siapa peduli untuk baca..."

Diri ini memetik kata-kata perangsang jiwa dari buku La Tahzan, karangan Dr Aidh Al-Qarni.

"Ketika seseorang tersesat di tengah gurun pasir, kendaraan menyimpang jauh dari jalurnya, dan para kafilah bingung menentukan arah perjalananya,
mereka akan menyeru : " Ya Allah! " "

" Setiap dini hari menjelang, tadahkanlah kedua tangan, julurkan lengan penuh harap, dan arahkan terus tatapan mata mu ke arah-Nya untuk memohon pertolongan!"

"Ketika lidah bergerak, tak lain hanya untuk menyebut, mengingat dan berdzikir dengan nama-Nya. Dengan begitu, hati akan tenang, jiwa akan damai, saraf tak lagi menegang, dan iman kembali berkobar-kobar."

Ku akui, kelemahan diri, ku insafi kekurangan ini, ku kesali kejahilan ini, terimalah taubat ku ini, ya Allah.

"......Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. " Surah Al-Baqarah, ayat 222.
~*'Either we make history or we become history!. Islam is the way of life'*~
Anda sedih? Usahlah menjadikan kesedihan itu sebagai batu penghalang bagi kita untuk memberikan senyuman. Bukankah “Senyum itu sedekah?” Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286, “Tidak Aku bebankan seseorang sesuai dengan kesanggupannya…”

Jangan masukkan setiap peristiwa dalam hati

Dengan kata lain, tidak SEMUA perkara dalam kehidupan sehari-hari perlu difikirkan secara MENDALAM. Contohnya, mudah terasa dengan teman-teman. Ayat , sikit-sikit terasa… sikit-sikit terasa…

Secara tidak langsung, hal sedemikian membuatkan kita terbantut untuk menyampaikan kebenaran. Al-maklumlah, hati tidak tenang. Ada perasaan mazmumah dalam diri. Susah susah susah… Sebenarnya, jiwa yang benar sentiasa belajar daripada kehidupan.

Hmmm… kita sebenarnya berhadapan dengan 1001 karektor manusia serta cabaran hidup. Dari situlah kita belajar. Dan daripada pembelajaran itu (bagi yang mahu belajar dan berfikir), kita masukkannya di dalam kaedah seruan kita (ke arah kebaikan). Yang penting, perlu berani dan tabah!

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 96 yang bermaksud, “Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya dia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah) dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.”

Jangan sampai masalah kecil menghancurkan diri

Disebabkan sesuatu yang kita rasa sukar mendepaninya, kita mengambil jalan singkat. Kita merasa tertekan dengan sesuatu perkara. Lalu, kita membuat keputusan untuk melarikan diri terus. Lari daripada masalah, lari daripada tanggungjawab. Lari dan terus lari. Entah ke mana kita mahu pergi…

Check balik diri. Kita mahu masak nasi dan ayam paprik buat suami. Suami berhajat! Beras ada… ayam ada… bawang ada… daun limau purut ada… garam tiada… tapi gula ada… hehe… letak garam dan gulakah dalam masakan kita?

Maka, jangan disebabkan tiada garam kita tidak mahu menyediakan ayam paprik buat suami kita (Bukankah sos tiram itu sudah sedia masin? Hehe).

Begitu juga bilamana kita moody sewaktu bekerja/ belajar. Jangan disebabkan moody itu, kerja pula terbengkalai… dan… amanah yang sepatutnya kita laksanakan terabai begitu sahaja.

Ambil masa… ambil ruang. Banyakkan berzikir dan beristighfar kepada Allah. Masih moody lagi? Ambil wuduk… Tetap juga moody… hmmm…. mengaji Al-Quran. Masih dan masih… Huhu…. Teruskan bertadarus sehingga tenang hati kita. Masih masih… carilah seseorang yang kita percayai. Berkongsilah dengan dia. Tidak boleh! Rahsia Negara!!! Hmmm…

Macam mana pula hendak kategorikan masalah tersebut? Besarkah atau kecilkah? Boleh jadi bagi kita… masalah itu besar bangat tetapi tidak bagi orang lain. Susah juga ya… Huhu, hanya kita yang dapat menilainya. Namun, nilailah pada sisi Allah (dengan kata lain, letakkan Allah di hadapan kita dalam menilai sesuatu perkara).

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 49 yang bermaksud, “Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata: Izinkanlah aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah. Ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu) dan sesungguhnya azab jahanam meliputi orang-orang yang kafir.”

Redha dengan anugerah Allah

Redha… alangkah bagusnya jika kita sentiasa berlapang dada. Pabila ditimpa ujian, kita kata kita redha tetapi masih mengeluh. Menangis tidak salah tetapi menangislah dalam mengharapkan keampunan Allah dan kekuatan dalam mengharungi dugaan.

Kita redha dengan rezeki yang diberikan. Redha dengan tubuh badan yang dikurniakan. Semua cantik molek. Ada mata untuk melihat… telinga untuk mendengar… mulut untuk berbicara. Namun, sejauh mana kita mensyukuri kurniaan Allah itu?

Adakah mata, telinga serta mulut yang telah kita miliki itu benar-benar digunakan ke jalan Allah? Kadang-kadang, mata melihat yang haram… telinga mendengar yang salah… mulut berkata-kata yang sia-sia. Hmmm… kita, bukannya tidak tahu tetapi masih mahu melupakan peringatan Allah ini.

Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 144 yang bermaksud, “…oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur.”

Ingatkan diri dengan syurga

Adakah kita sentiasa mengingatkan diri kita tentang syurga? Benarkah syurga yang kita cari dan kejar-kejarkan?

Namun, kita masih meletakkan Allah bukan pada tempatnya. Bibir menyebut nama Allah. Hati pula bagaimana?

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 24 yang bermaksud, “Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot. Dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)”

Bersikap dengan sewajarnya

Orang yang menyeru kepada kebaikan perlu menjaga akhlaknya kerana akhlak itu mendahului percakapan. Lazimnya, orang lebih melihat apa yang dibuat daripada apa yang diperkatakan. Sesungguhnya, manusia yang mengikut hawa nafsu adalah manusia yang sengsara.
Sedih lagi???

Siapa sedang bersedih hati… senyum cepat... (bukan angkat tangan sepertimana lazimnya… cepat senyum)…

Sudah senyum? OK… cari cermin… Cuba tengok wajah/ muka kita…

a)Cantik?
Menawan?
c)Penuh dengan kepura-puraan??? Maklumlah, senyum paksa…

Hmmm… Muthiah menerima satu kiriman sms daripada seseorang. Katanya, ia SEDIH dan MALU sebab…

Sedih… sebab tidak dapat/ peroleh apa yang dihajati…
Malu… dengan tanggapan dan kata-kata orang (kadang-kadang, hanya hati kita yang berfikir sedemikian)..

Hmmm… ungkapan yang biasa diucapkan… namun… inilah kata-kata yang bisa menenangkan hati yang sedang gundah… jiwa yang sedang lara…

“SABAR… SABARLAH demi mencapai keredhaan Tuhanmu, Sayang..”

Allah sedang ingatkan kita ~ daripada kealpaan dan kelekaan… Bukan kita yang hebat tetapi DIA… DIALAH pemilik segala KEHEBATAN.

Allah sedang ingatkan kita ~ agar mensyukuri nikmat-nikmat yang dikurniakan-Nya…Kadang-kadang, kita mudah nampak/lihat/ berasa sedih dengan apa yang tidak kita perolehi tetapi kita lupa dengan segala apa yang telah menjadi milik kita (milik yang tidak mutlak…)…

Kita mahu jadi doktor…
Allah izinkan…
, dapat ambil jurusan perubatan…
, dapat grad…
Tetapi…
Tiba-tiba diri telah diuji…
Sakit… tidak dapat mula posting…
Atau… sudah posting tetapi tidak lepas…

….

Akibatnya, kita berasa sungguh sedih dan malu… sebab… ‘tersekat’ di situ…

‘Sabar, Sayang. Setiap apa yang berlaku, tentu ada hikmah-Nya. Allah tidak akan melakukan sesuatu sia-sia. Segalanya adalah demi kebaikan diri kita sendiri.’

…..

Allah mahu kita terus merintih dan merayu kepada-Nya. Boleh jadi sebelum ini kita terlupa daripada mengingati-NYA? Atau boleh jadi… kita telah meletakkan Allah bukan pada tempatnya… tidak lagi berada di tempat yang teratas.

Sedih… pengalaman yang mendukacitakan…
Sebenarnya, tanpa sedar bisa mematangkan diri kita… menjadikan diri kita seorang yang lebih kental dan tabah. Membolehkan kita bangkit dan terus berdiri… , kita sudah bersedia dan kuat untuk menghadapi/ mendepaninya. Kekuatan itu tidak lain dan tidak bukan… kita peroleh daripada TUAN PUNYA alam. Yang menghidupkan dan mematikan… Yang menjadikan daripada tiada kepada ada…


~petikan dari notes di FB...maaf tak tahu dari siapa..dah lama tersimpan...

No comments: