Sifat Mazmumah

Sumber dari Halaqah.net (untuk pembacaan/simpanan diri)

Sombong, bongkak, angkuh atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama, iaitu sifat mazmumah (sifat tercela dan keji). Sekelumit sifat itu menjadi kebencian dan kemurkaan Allah serta boleh menghalang kita mendapat balasan syurga.

Firman Allah yang bermaksud:Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina (Al-Mukmin:60)

Sifat sombong atau takbur boleh dikenali melalui dua jenis, iaitu takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakan. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggap lebih rendah ilmu pengetahuan daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan iaitu tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat orang lain.

Imam Al-Ghazali berkata : Orang yang takbur marah apabila ditegur sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.

Takbur batin adalah membesarkan diri dalam hati dan ini maksiat hati yang dicela. Contohnya, iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam.Dengan angkuhnya ia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat iblis dan seluruh keturunannya. Takbur juga boleh dibahagi kepada tiga, iaitu takbur terhadap Allah, takbur terhadap rasul-Nya dan takbur sesama manusia. Takbur kepada Allah bermaksud tidak mempedulikan perintah Allah, tidak menghiraukan ancaman-Nya dan memandang rendah segala syariat dan peraturan-Nya.

Takbur terhadap Rasulullah s.a.w ialah enggan mengikut petunjuk dan sunnahnya. Orang Quraisy pada zaman Rasulullah enggan mengikutnya kerana baginda anak yatim piatu. Orang Yahudi pula enggan berbuat demikian kerana baginda bukan daripada keturunan Bani Israel. Orang Yahudi berasa diri mereka lebih tinggi daripada orang lain, iaitu takbur sesama manusia. Mereka sering memandang rendah terhadap orang lain kerana menganggap diri mereka berilmu, kaya dan berpangkat sedangkan manusia dijadikan sama di sisi Allah.

Takbur adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit tidak boleh menjadi pendakwah kerana tindak tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut mendapat tempiasnya. Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :

1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana akhlak-300x245kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Ya Allah...hiasilah kami dengan sifat mahmudah... dan jauhkan kami dari sifat mazmumah

Ya Allah tetapkanlah hati kami dan janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami.

Janganlah ya....

Dari riak wajah jelas tampak seorang yang besar cakap....
Suka pula berhebah-hebah kehebatan diri....
Padahal lembaran kain berkiraian juntai-juntai...

Segala kehendak mesti juga mahu-mahu....
Tiada istilah memahami kederat orang.....
Hanya kerana yang tidak seberapa, tapi penuh riaknya...

Janganlah ya....tidak selamanya diatas, nantikan kecundang juga....
Jangan hanya menjulang langit, rumput di tanah di lupa jangan...
Kelak memakan diri, semuakan pergi, semua kan lari...

Jangan lah ya....

Saat Bila....

Saat bila ditinggalkan zaman itu, usah lah lagi dikenang pilu.....
Sedetik ia tetap meninggalkan kita,
Yang bisa hanyalah jadikan sempadan, jadikan ilmu, jadi kan pedoman
Buat layari hari mendatang.....

Namun bila tibanya saat itu, tidak sedetik dapat berganjak
tidak sesaat dapat dihalang, ianya pasti akan ditempuh jua
Tiada yang lain hanya bekalan, moga kita bersedia.....

Hanya kerana.....

Hanya kerana sesekali kita lumayan, kita pun menjadi tuan, jangan lah pula meninggi diri,

Hanya kerana sesekali kita memberi upah, jangan lah pula berharap besar,

Hanya kerana Impian kita, habis terpukul ikutkan masa,

Hanya kerana Kemahuan kita, tidak ditepati, maka ditempelak, diwar-warkan

Hanya kerana yang sekelumit, yang bila-bila masa blh ditarik rahmatnya......

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu

Subject: Dahsyatnya Doa Seorang Ibu 
  Assalamualaikum Semua,   
                                                                                                
Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar.  So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda **** ..

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu 
q       Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.  Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik. 

q       Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah. 

q       *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.                          

q       Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.                          

q       Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka. 
Ø       Melihat kaabah sehingga menitis air mata. 
Ø       Membaca quran sehingga menitis air mata. 
Ø       Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata. 

q       3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor! 
Ø       Anak.                          
Ø       Ibu.                          
Ø       Suami.                          
Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut.. J 

q       Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.                          

q       Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu. 

q       Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita. 

q       Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai. 

q       *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.                          

q       Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .
Ø        “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”. 
Ø       *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal  yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita. 
Ø                              

q       Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah. 

q       Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojji un,,, lps tu bicaralah dengan Allah..
Ø       “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
Ø       “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.   

q       *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya! 

q       Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.   Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

q       *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup. 
Ø       Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan”  atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..”  Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana . 

q       Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam!  Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika. 

q       Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.                          

q       Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.. 

q       Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah.  Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.                          

q       *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.  Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”.   Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana . 

q       Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.                          

q       *** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya.  Doa ini bukan bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya. 

q       Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.                          



Selalu Bergaduh Dengan Ibu 
q       Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka. 
Ø       Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak.  Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar. 
Ø       Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan. 
Ø       Symptom terkena saka: 
v       Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.                          
v       Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar. 
v       Susah nak dapat anak, senang gugur. 
v       Ada rasa kelibat orang lalu. 
v       Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam. 
Ø       Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.                          

q       Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang. 

q       3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.                           

q       Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan. 

q       Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari. 



Anak Lari Dari Rumah 
q       Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.                          

q       Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.                          


Anak Degil 
q       *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK 
Ø       Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see. 
So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam.... 
[] smpikan ilmu ini kpd yg lain wlupun satu ayat


Copy dari nafiesa sahabat RH

Rahsia tarikh lahir......eh rahsia laaaahh...

Kebelakangan ini rajin la pulak diri ini di tag oleh para sahabat yg mencuba kuiz rahsia tarikh lahir nih, bukan terpengaruh, tetapi sajalah nk tinjau-tinjau juga, saja nk ambil tahu...saja-saja je yer...hi hi hi

Maka setelah itu maka terpaparlah apa yg kononnya adalah pemilik mereka yang lahir dibulan Ogos ni (eden lah tu)....hmm mcm biasa bab-2 yg positif tu semua orang sudah tentu mengiyakannya kaan..eh ye lah, eh betullah mmg aku tuh...bilamana tang yang negatifnya cepat-2 di tempelak, eh bukan lah...takde lah, aku tk mcm tu lah...ayat nafi tak gitu...ekekekke...jom baca apa yg kononnya diri saya (mereka yg lahir pada bulan Ogos)

.
.
.
.
.
.

.
.
.
Jangan tak tahu eden pandai bersilat, jangan memain kang kena hiah...hiah...hiah...(padahal tk tahu pong)...bab yg positif tu ha ah ler betul ler wakakakakka....yg negatif tu eden terima....mana yg blh di perbaiki akan di perbaiki......

Status-status FB

Assalamualaikum pada semua (wah mcm reramai je yg bacakan).....berbalik pada tajuk, pergghh takut gak nih, takut kang ada yg mare-mare...huhuhu

Saja jer nk sentuh bab status-2 di FB, rata-2 kita pasti akan bertemu dgn status-2 peribadi dari empunya FB, tk kira lah ayat-2 yg baik/membina ker, ayat2 kemarahan meluap ker, ayat ***tut ker, ayat-2 melambangkan kemewahan hidup seseorang ker, ayat-2 gedik, ayat-2 eksen, ayat-2 bahagia, ayat meraih simpati....NAMUN adakah benar bagai dikata...

(gambar sumber fotosearch)
Iskk sapa lah dorang sebalik fb tu yer.......


Kita manalah tahu kan mcm mana mereka disebalik tabir PC atau Lappy memasing, kot la kan masa dia taip ayat kebahagiaan ntah-2 dia sedang berselindung, dia sedang menangis kelukaan yg benarnya...huwaaaaaaaa kt lappy / pc dia kaaan....katalah pulak ada yg tulis status kemewahan gaya keunggulan kehidupan dia, kot la kan, sekali rupanya kt umah mamam nasi kicap telur semata, mana kita tahu kan...di sini persoalan di minda keudara, adakah kebanyakkan kenalan FB kita telus...hmmmmmm think, think, think,,,,,,,,,


(gambar sumber dari fotosearch)
Kot la kan ada yg buat cam ni, kata gi cuti kt obesee, mandi mande kt swimming pool alih-2 cenggini


Selalu juga bertembung dgn status mereka-2 yg kelihatan sungguh poyo, dari bait-2 ayat celemekkkkk mcm bagus2 jer, ayat tu lansung tk mahu mengalah...tp kan adakah dorang ni sebenarnya begitu ekkk....ada juga jumpa status meraih simpati, yg mana beliau telah diperlakukan sesuatu oleh pihak lain dan mereka-2 yg membaca status beliau tadi merasa simpati dan melahirkan pendapat yg menyokong beliau, seolah hanya beliau yg menjadi mangsa, tpkan tahu tak kita sebalik tu siapa beliau sebenarnya kaaan, ntah betul tidak dia diperlakukan sebegitu, kalau lah betul diperlakukan sebegitu, kenapa dia? kenapa tk org lain, kalaulah beliau seorang yg baik, kenapa org buat dia ajer kaaaan....*kt sini ramai yg berat sebelah SEBAB kita hanya dengar luahan hati sebelah pihak aje...hanya di status org itu ajer...sebelah pihak yg lain kita tk tahu kisah sebenarnya kaaan....

Betul ker dari status-2 tu kita blh kenal hati budi seseorang, betul ker apa yg diluahkan tu melambangkan org tersebut, seorang yg kelakarkah, seorang yg berilmu kah, seorang yg baik hati kah, seorang yang sombong kah kaaaan....hmmmm, yang paling-2 penting nk gak tahu adakah org-2 disebalik status tu mmg peramah, seperamah ketika berbalas komen kaaan....

Khusyuk nulih status nih....

Tapi yg pasti bagi setiap status yg saya sendiri luahkan kt wall saya sendiri, mmg mengambarkan diri saya...tk reti nk berselindung, berlakun dan sebagainya, sedaya upaya cuba utk tk mahu status kelihatan sombong, bongkak berlagak, menyinggung, tunjuk bagus, kerana itu diharapkan mereka-2 yg menjadi sahabat fb saya juga begitu....tiada niat lain kecuali utk bersahabat, bertukar fikiran, berkongsi perasaan dan jika diizinkan berkekalan sebagai sahabat...........

Entri Basi~ Mini Gathering penutup tahun 2010

Yuhuuuu bersiap sedialah dgn entri-2 basi mulai hari ni, almaklumlah, baru jumpa balik kabel kemra yg secara misteri lesap (eleh kes letak merata-2 tu tk moh ngaku)...so di mulakan dgn post ini........

Pada 25hb Dec 2010, bermula pada pukul 3.30pm maka dimulakan acara bermain bowling antara2 kami para-2 ahli RH(Ratu Hati.com) namun sayang seribu kali sayang, tiadalah pula sessi bergambar waktu disini ohhhh nehiiiiii (ada can ulang balik nih) udah ler time tu ahem-2 daku score paling tinggi dgn jatuhan pin 190 gitu....aiseyyyyyy, selepas upacara merejam bowling kami semua menyusul ke Taman Tasik Ampang Hilir untuk upacara pot luck pula...kat sini adalah beberapa gambar yg berjaya di rakam....jom jamu mata
.
;
.
;
;
;

Antara pot-pot luck dari kami-2


Iskkk...geram lak nengok kek itu bila blh nk rasa lg nih.......



Para mereka yg menceriakan hari, Ann Syifa, Marliaya(mygenesis), Nurudawani(nuyue)


Pn moderator aktiviti ~ Hasrisa (Qaseh nilamsari)...eleh tahu ler u nmpk selim dlm gambo nih huhuhu


ngap ngup ngap ngup.......


ngep ngap ngup ngop......



Ada lah satu gambor kt boling...tp tk ambik lak gambo score tuh aiseyyyy (dr album fb Vill)


Inilah antara yg berjaya hadir pada mini gathering itu...Yana, Nuyue, As, Ann, Risa, Lidia dan Vill, namun dah berjaya membuat kan acara ini cukup2 meriah, serta penuh kontroversi jeng jeng jeng


Geng RH mukebuku......



Lagi sekali sebelum upacara berakhir dgn jayanyaaa.....alhamdulillah.......

Pandangan Mata Jahat ~ Al-Ain

Salam, suka ingin berkongsi maklumat yg diterima dalam group yang saya join

Maklumat ini di tulis oleh saudara Man Trexx (sim), mari kita baca dan fahami lebih lanjut apa itu pandangan mata jahat (sambil menaip ni, sedang menjegilkan mata baik korang hati-2 huhuhu)



Salam alaik ICE,

Terima kasih dengan posting yang begitu cantik dan jelas. Masya' Allah. Semoga Allah memberi rahmat dan hasanah yang lumayan.

Orang Melayu memanggilnya Terkena Mata. Omputih kata Evil Eye. Arab panggilnya Ainin Laamah. Orang Hindi & Urdu memanggilnya Buri Najra. Kaum berdialek Turki memanggilnya sebagai Nazar. Kaum berbahasa dialek Farsi memanggilnya Nazar Zani ( atau Chasam bad )

Menjadi tradisi orang-orang Muslim dari kalangan Arab, Turki, Farsi dan Asia Selatan untukmenyebut MASYA' ALLAH sebagai Perkataan Pertama apabila:
1. MELIHAT PERKARA YANG BAIK atau 
2. MENERIMA KHABAR YANG BAIK atau
3. MERAI'KAN SESUATU YANG BAIK.

Sehinggakan, ada yang akan bertanya, kenapa kita tak sebut Masya Allah setelah mendengar berita gembira yang disampaikan olehnya.

Tujuan menyebut MASYA' ALLAH sesuai dengan nasihat Rasulullah, iaitu memuji Allah lalu mematahkan ancaman Pandangan Jahat terhadap perkara-perkara yang baik.

Harus ingat, semakin tinggi nilai dunia di hati manusia, semakin tinggilah hasad dan dengki manusia terhadap manusia yang lain. Kita kini di zaman yang kronik ini. 

Oleh itu, apabila kita dengar sebarang pujian, ia mungkin datang dari hati yang dengki lalu membawa akibat buruk. Kalau ikhlaspun, tiada siapa yang tahu.

Maka, perkataan balas terbaik ialah sebut MASYA' ALLAH terlebih dahulu apa menerima pujian, khabar baik, berita gembira dan rai. 

Sebaliknya, di dalam budaya Melayu yang telah terpengaruh dengan drama-drama Indonesia sejak adanya filem dan TV, maka amalan yang dianjurkan Rasulullah telah DISONGSANGKAN. Apabila kita dengar atau lihat perkara tak baik, kita sebut MASYA ALLAH.  Perbuatan ini adalah salah dan merugikan diri sendiri. Saya harap, kita semua di SIM, hentikan amalan songsang ini.

Di antara perbuatan yang boleh mengelakkan dari TERKENA MATA, ialah 
1. Mengakhirkan malam dengan Solat Witir
2. Membaca Ayatul Kursi dan 3 QUL sebelum tidur
3. Doa pagi dan doa petang
4. Keluar rumah dengan membaca Bismillahi Tawakkaltu Ala Allah dan ayatul kursi ( jika tidak dalam haid )
5. Bila kembali, sebelum sampai muka pintu dengan membaca Ayatul Kursi lagi 
6. Setelah masuk rumah membaca Qulhuwallah sehingga habis 3 kali.
7. Dan membaca MASYA' ALLAH pada ketika yang sesuai.

Semakin hari manusia semakin hanyut ke dalam arus dengki-mendengki. Pilihlah untuk melindungi diri dari perkara yang nampak dan tak nampak.






Masyaallah ini mata byk gerun wooo..........

KUTU?????? adeh gatal, mengernyam garu sekali tk puas....

KUTU



Kutu merupakan serangga parasit - yang tinggal menumpang di atas kehidupan lain seperti kepala manusia, sangat halus dan sukar dilihat (lebih kurang saiz bijan atau dua hingga empat milimeter) dan mempunyai enam kaki kecil dengan kuku khas seperti penyangkut yang memegang kuat rambut.


Wah tetiba nk cerita ilmiah perihal kutu le pulak kan hehehehe, rasanya rata-2 dah tahu apa itu serangga kutu kan, ramai juga yg ada sejarah sama itu serangga, kenangan terindah gitu, pernah dengar ada yg bermandikan minyak gas lah, disembur ridsect lah.....kan...tinggalkan cerita ini serangga.....


Kutu yg ingin diperbentangkan ini adalah tidak lain dan tidak bukan permainan KUTU (masih lagi terpinga-2 mengapakah makhluk itu yg digunakan sebagai tajuk mukadimah permainan ini~siapa yg pandai jawap sila angkat keyboard yer-hadiah berupa engchekhodoks la vawangs la bilisi dari dapur anda sendiri yer...mueheheheheheheheh) - mak oii panjang punya pembuka dan penutup kata.....


Adalah permainan kutu ini didalangi oleh ibu kutu yang mana kerja beliau bukanlah menghisap darah sambil tertenggek di kepala, tp sebagai pengumpul wang-2 bulanan dari anak-2 kutu (kadang ada gak yg hisap darah disonglapnyer itu wang koleksi~perggghhh menyirapssss), dan selalunya beliau merupakan penerima kutu yg pertama dlm kalender permainan kutu ini tadi....(alah dapat awal, abis pun awal lerrrr~nada jelesi uweek)


Mari kita lihat undeng-undeng ini permainan....mari!! ayoh! mari kita tinjau ini blog


Permainan kutu dan hukum nya....

Kalau secara biasa-2 yg kita selalu dengar permainan kutu ni begini
1) dikumpulkan bilangan peserta
2) dipersetujui jumlah bayaran bulanan utk setiap peserta, dan jumlah keseluruhan yg bakal diperolehi
3) mempunyai jangka waktu bayaran cth: bermula dari 1 hb - 7hb para peserta perlu membuat bayaran bulanan, dan 8hb dari jumlah terkumpul akan diberikan pada penerima bulan itu
4) sekiranya ada dikalangan anak-2 kutu yg tidak dpt membayar pada tarikh tersebut, ibukutu terpaksalah mendahulukan wangnya....
5) sekiranya ada ahli yg tarik diri, dan dia telah terima wang pada gilirannya, haruslah dipulangkkan kembali, sementara sekiranya ada ahli yg tarik diri dan blm menerima wang gilirannya, maka ahli-2 lain yg tlh mendapat wang giliran masing-2, haruslah memulangkan kembali wang tersebut kepada si ahli yg tarik diri (menyusahkan org betullah dia nih)
6)setelah semua syarat dipersetujui barulah upacara bermula...(tang sini selalu terpikir, berat sungguh tugas siibu, apa lah faedah dia yer klu setakat dpt giliran yg pertama, tlg jawab kot ada cara yg lain)

Oooo gitu kan baru tahu....selalu main ini permainan, tiada lain dalam ingatan hanyalah nk dpt kan wang terkumpul pada bulan giliran kita....(padahal sama aje kalau kita kumpul sendiri ye tak)...

Siapa pernah terkena kutu HANGIT cepat angkat ketiak....alah buat-2 malu konon, mengapa ko sorokkan muke di balik bantal itu....eleh intai celah jari konon....mueheheheh adooooi gelak-gelak juga, tpkan sob sob sob (jgn arrr tawe kan aaaiii tak baik tau dosa) eden pun pernah terkono juooooooooo , mmg pengalaman paling indah di abad ini, tiada yg terindah melainkan itu wakakakakakkaka (tawe sesal nih...)
Nak di jadikan cerita dapat ibukutu yg rambang mata, rambang jiwa, rambang peribadi...di kemaskinikan akaun gitu kaedahnyer...sudahnya yg menunggu giliran, dia punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu bulan tak timbul-2 mueheheheh....tp masih bernasib baik lagi sbb tidak terjebak lama, baru masuk bulan kedua (ceit baru nk masuk bulan kedua dah mengantoikan orang, ape kejadah ini semua(sambil hempas meja) addooooi sakit mouse yer...


Ibu kutu tadi telah dilenyek sakan oleh para anak-2 kutu, silap beliau kerana alpa pada tanggungjawab...sekarang mungkin masih kepanasan gitu...isk isk isk.....
Namun masih tk serik-2 juga utk bermain ini permainan, beralih kasih pada ibu yg lain pula, ibu yang lebih pengasih dan penyayang gitu muehehehehe....dah tentu juga antara sebab musabab bermain kutu ini, adalah supaya pada bulan-2 yg kita sedia terima jumlahnya, kita dpt gunakan utk perbelanjaan yang telah dirancang (rancanglah sangat kaaan)...contoh mcm ai kaan, dah set kan bakal dpt pada cuti sekolah, pada bulan puasa, pada hari raya ahem-2....faham-faham sendiri lah khaaaaan....


Buat para-2 ibu kutu, andai ada yang membaca, jadilah ibukutu yg bertanggung jawab, berdedikasi, amanah, cemerlang dan terbilang.  Buat anak2 kutu pula, tolong lah bayar awal on time yeeeeeee, juga klu ada sebarang masalah bawa-2lah berbincang, jangan pulak bawak lari, tak pasal kena gari...khaaaaaan....;)

Dimanakah anda dalam ungkapan ini......



Dapat gambar ini dari seorang sahabat sekolah dahulu difb beliau, Kata-kata nan sinis namun padat dan tepat pada empunya diri kan...agak-agaknya di tangga ke berapa kedudukan anda........Terima kasih pada Azli, inspirasi dari gambarmu ini, terus mencuit rasa akal fikiran yang kebanyakkannya berbunyi "Alamak, pergghh"...hehehehehe

Roti canai goreng cili api...

Ini resepi raya cina hari tu, baru ada kesempatan nk letak resepi, kes mlmnya beli roti canai, membawa ke pagi sayang nk dibuangkan so bikin ler masakan ini.......

Bahan-2:
Roti canai semalam, dikirai-kiraikan
selabu bawang di potong dadu
cili api secukup rasa (kalau suka podeh blh letak segenggam)
tomato di potong dadu
daun bawang potong lah mcm mana pun
telur 2 biji di pecahkan letak sikit serbuk lada sulah (klu suka secukup rasa pun blh juga, letakkan garam dlm secubit-cubit manje awwwww)
minyak utk menumis

Cara masak:
Panaskan kuali,
tumiskan bawang dan cili api hingga garing
masukkan kiraian roti canai, biarkan garing sebentar
masukkan telur yg dah dipukul tadi
kacau balikkan
masukkan tomato dan daun bawang...kacau2 lebih kurang
tutupkan api dah tadaaaaaa bolh lah menyantap, sedap di makan begitu saja atau dicicahkan sos cili atau juga kuah kari semalam perggghhhh

Kata-kata semangat buat mereka yang bersedih....

Assalamualaikum.

Manusia, secara fitrahnya ,memang sangat lemah dan hina. Tidak lari dari kesilapan. Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan, jika tidak mereka bukanlah 'manusia'. Sama ada besar atau kecil, kesilapan tetap kesilapan. Manusia tidak lahir untuk menjadi sempurna bukan?.

Ramai di antara mereka yang membuat kesilapan (termasuk diri ini), berasa sgt sedih, lemah, tidak terkata. Bagi mereka yang kuat imannya, Zikrullah, solat dn Ibadah la sebagai penawar, buat mereka yang lemah imannya, perkara bodoh merupakan jalan penyelesaian buat mereka.

Mungkin sahabat-sahabat di Paksi sekalian boleh berkongsi sedikit mutiara kata buat mereka yang sedang bersedih dan berasa tidak layak lagi untuk bernafas di muka bumi ini. Mereka yang terlalu sedih dan lemah.

Teringat kata-kata seorang Akh, " Manusia acap kali memberi alasan down atas sebab yang banyak, sedangkan tarbiyah dari Allah (Al-Quran) terpampang didepan mata, tiada siapa peduli untuk baca..."

Diri ini memetik kata-kata perangsang jiwa dari buku La Tahzan, karangan Dr Aidh Al-Qarni.

"Ketika seseorang tersesat di tengah gurun pasir, kendaraan menyimpang jauh dari jalurnya, dan para kafilah bingung menentukan arah perjalananya,
mereka akan menyeru : " Ya Allah! " "

" Setiap dini hari menjelang, tadahkanlah kedua tangan, julurkan lengan penuh harap, dan arahkan terus tatapan mata mu ke arah-Nya untuk memohon pertolongan!"

"Ketika lidah bergerak, tak lain hanya untuk menyebut, mengingat dan berdzikir dengan nama-Nya. Dengan begitu, hati akan tenang, jiwa akan damai, saraf tak lagi menegang, dan iman kembali berkobar-kobar."

Ku akui, kelemahan diri, ku insafi kekurangan ini, ku kesali kejahilan ini, terimalah taubat ku ini, ya Allah.

"......Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. " Surah Al-Baqarah, ayat 222.
~*'Either we make history or we become history!. Islam is the way of life'*~
Anda sedih? Usahlah menjadikan kesedihan itu sebagai batu penghalang bagi kita untuk memberikan senyuman. Bukankah “Senyum itu sedekah?” Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286, “Tidak Aku bebankan seseorang sesuai dengan kesanggupannya…”

Jangan masukkan setiap peristiwa dalam hati

Dengan kata lain, tidak SEMUA perkara dalam kehidupan sehari-hari perlu difikirkan secara MENDALAM. Contohnya, mudah terasa dengan teman-teman. Ayat , sikit-sikit terasa… sikit-sikit terasa…

Secara tidak langsung, hal sedemikian membuatkan kita terbantut untuk menyampaikan kebenaran. Al-maklumlah, hati tidak tenang. Ada perasaan mazmumah dalam diri. Susah susah susah… Sebenarnya, jiwa yang benar sentiasa belajar daripada kehidupan.

Hmmm… kita sebenarnya berhadapan dengan 1001 karektor manusia serta cabaran hidup. Dari situlah kita belajar. Dan daripada pembelajaran itu (bagi yang mahu belajar dan berfikir), kita masukkannya di dalam kaedah seruan kita (ke arah kebaikan). Yang penting, perlu berani dan tabah!

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 96 yang bermaksud, “Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya dia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah) dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan.”

Jangan sampai masalah kecil menghancurkan diri

Disebabkan sesuatu yang kita rasa sukar mendepaninya, kita mengambil jalan singkat. Kita merasa tertekan dengan sesuatu perkara. Lalu, kita membuat keputusan untuk melarikan diri terus. Lari daripada masalah, lari daripada tanggungjawab. Lari dan terus lari. Entah ke mana kita mahu pergi…

Check balik diri. Kita mahu masak nasi dan ayam paprik buat suami. Suami berhajat! Beras ada… ayam ada… bawang ada… daun limau purut ada… garam tiada… tapi gula ada… hehe… letak garam dan gulakah dalam masakan kita?

Maka, jangan disebabkan tiada garam kita tidak mahu menyediakan ayam paprik buat suami kita (Bukankah sos tiram itu sudah sedia masin? Hehe).

Begitu juga bilamana kita moody sewaktu bekerja/ belajar. Jangan disebabkan moody itu, kerja pula terbengkalai… dan… amanah yang sepatutnya kita laksanakan terabai begitu sahaja.

Ambil masa… ambil ruang. Banyakkan berzikir dan beristighfar kepada Allah. Masih moody lagi? Ambil wuduk… Tetap juga moody… hmmm…. mengaji Al-Quran. Masih dan masih… Huhu…. Teruskan bertadarus sehingga tenang hati kita. Masih masih… carilah seseorang yang kita percayai. Berkongsilah dengan dia. Tidak boleh! Rahsia Negara!!! Hmmm…

Macam mana pula hendak kategorikan masalah tersebut? Besarkah atau kecilkah? Boleh jadi bagi kita… masalah itu besar bangat tetapi tidak bagi orang lain. Susah juga ya… Huhu, hanya kita yang dapat menilainya. Namun, nilailah pada sisi Allah (dengan kata lain, letakkan Allah di hadapan kita dalam menilai sesuatu perkara).

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 49 yang bermaksud, “Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata: Izinkanlah aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah. Ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu) dan sesungguhnya azab jahanam meliputi orang-orang yang kafir.”

Redha dengan anugerah Allah

Redha… alangkah bagusnya jika kita sentiasa berlapang dada. Pabila ditimpa ujian, kita kata kita redha tetapi masih mengeluh. Menangis tidak salah tetapi menangislah dalam mengharapkan keampunan Allah dan kekuatan dalam mengharungi dugaan.

Kita redha dengan rezeki yang diberikan. Redha dengan tubuh badan yang dikurniakan. Semua cantik molek. Ada mata untuk melihat… telinga untuk mendengar… mulut untuk berbicara. Namun, sejauh mana kita mensyukuri kurniaan Allah itu?

Adakah mata, telinga serta mulut yang telah kita miliki itu benar-benar digunakan ke jalan Allah? Kadang-kadang, mata melihat yang haram… telinga mendengar yang salah… mulut berkata-kata yang sia-sia. Hmmm… kita, bukannya tidak tahu tetapi masih mahu melupakan peringatan Allah ini.

Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 144 yang bermaksud, “…oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur.”

Ingatkan diri dengan syurga

Adakah kita sentiasa mengingatkan diri kita tentang syurga? Benarkah syurga yang kita cari dan kejar-kejarkan?

Namun, kita masih meletakkan Allah bukan pada tempatnya. Bibir menyebut nama Allah. Hati pula bagaimana?

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 24 yang bermaksud, “Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot. Dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)”

Bersikap dengan sewajarnya

Orang yang menyeru kepada kebaikan perlu menjaga akhlaknya kerana akhlak itu mendahului percakapan. Lazimnya, orang lebih melihat apa yang dibuat daripada apa yang diperkatakan. Sesungguhnya, manusia yang mengikut hawa nafsu adalah manusia yang sengsara.
Sedih lagi???

Siapa sedang bersedih hati… senyum cepat... (bukan angkat tangan sepertimana lazimnya… cepat senyum)…

Sudah senyum? OK… cari cermin… Cuba tengok wajah/ muka kita…

a)Cantik?
Menawan?
c)Penuh dengan kepura-puraan??? Maklumlah, senyum paksa…

Hmmm… Muthiah menerima satu kiriman sms daripada seseorang. Katanya, ia SEDIH dan MALU sebab…

Sedih… sebab tidak dapat/ peroleh apa yang dihajati…
Malu… dengan tanggapan dan kata-kata orang (kadang-kadang, hanya hati kita yang berfikir sedemikian)..

Hmmm… ungkapan yang biasa diucapkan… namun… inilah kata-kata yang bisa menenangkan hati yang sedang gundah… jiwa yang sedang lara…

“SABAR… SABARLAH demi mencapai keredhaan Tuhanmu, Sayang..”

Allah sedang ingatkan kita ~ daripada kealpaan dan kelekaan… Bukan kita yang hebat tetapi DIA… DIALAH pemilik segala KEHEBATAN.

Allah sedang ingatkan kita ~ agar mensyukuri nikmat-nikmat yang dikurniakan-Nya…Kadang-kadang, kita mudah nampak/lihat/ berasa sedih dengan apa yang tidak kita perolehi tetapi kita lupa dengan segala apa yang telah menjadi milik kita (milik yang tidak mutlak…)…

Kita mahu jadi doktor…
Allah izinkan…
, dapat ambil jurusan perubatan…
, dapat grad…
Tetapi…
Tiba-tiba diri telah diuji…
Sakit… tidak dapat mula posting…
Atau… sudah posting tetapi tidak lepas…

….

Akibatnya, kita berasa sungguh sedih dan malu… sebab… ‘tersekat’ di situ…

‘Sabar, Sayang. Setiap apa yang berlaku, tentu ada hikmah-Nya. Allah tidak akan melakukan sesuatu sia-sia. Segalanya adalah demi kebaikan diri kita sendiri.’

…..

Allah mahu kita terus merintih dan merayu kepada-Nya. Boleh jadi sebelum ini kita terlupa daripada mengingati-NYA? Atau boleh jadi… kita telah meletakkan Allah bukan pada tempatnya… tidak lagi berada di tempat yang teratas.

Sedih… pengalaman yang mendukacitakan…
Sebenarnya, tanpa sedar bisa mematangkan diri kita… menjadikan diri kita seorang yang lebih kental dan tabah. Membolehkan kita bangkit dan terus berdiri… , kita sudah bersedia dan kuat untuk menghadapi/ mendepaninya. Kekuatan itu tidak lain dan tidak bukan… kita peroleh daripada TUAN PUNYA alam. Yang menghidupkan dan mematikan… Yang menjadikan daripada tiada kepada ada…


~petikan dari notes di FB...maaf tak tahu dari siapa..dah lama tersimpan...